Thursday, 14 June 2012

Jumaaat penghulu segala hari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub,
kemudian berpagi-pagi ia pergi ketempat Jumaat,
... pahalanya serupa dengan berkorban dengan seekor unta gemuk;

dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya seakan-akan pahala berkorban seekor sapi;

dan yang pergi jam tiga, pahalanya seperti berkorban seekor domba;

dan yang pergi jam keempat, pahalanya seperti berkorban seekor ayam;

dan yang pergi pada jam lima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur;

maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-Malaikat untuk mendengarkan khutbah. (Hadis sahih riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasululullah s.a.w. :
"Sesungguhnya dalam solat Jumaat itu pada satu saat yang tiap-tiap orang muslim berdoa bertepatan dengan saat itu nescaya akan diperkenankan doanya." Katanya : "Saat itu sangat pendek."
(Hadis sahih riwayat Muslim)See more




ABAH saya Hero saya!

Saya bersyukur kepada Allah kurniakan saya Abah yang baik yang sempurna di mata saya...terima kasih Allah beri hadiah yang begitu sempurna untuk saya, saya pasti akan menjaganya dengan baik.



Allohummaghfirli zunubi wali walidayya warham huma kama robbayani shoghiro.



Ya Allah
Jadikan aku anak yang Solehah
ajarkan aku merendahkan suaraku ini
Didiklah hati ku ini mengasih ibu bapa ku
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
naugilah mereka, muliakan mereka, ampunkan mereka
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Wednesday, 13 June 2012

Cara mengatasi gejala sihir dengan ayat al-quran

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6


2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257



3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.


1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )


2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )


3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )


Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Tuesday, 12 June 2012

Tuhan Beri aku CINTA - Ayushita

Aku benci dengan perasaan rindu ini...Arghhhhh....nak buat apa serba tak kena, asyik rindukan dia...benciii....Ya Allah tolonglah hambamu yang daif ini tolonglah suburkan hati ini dengan khusyuk kepadaMu moga aku tenang dan tidak terjatuh pada nafsu yang cintakan dunia melebihi cinta kepada Mu ya Allah, aku rapuh ya Allah berikan aku rahmat dan hidayah mu ajarkan aku erti mengawal perasaan emosi ini. Amien........





~Tuhan berikan aku cinta~

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Monday, 11 June 2012

Lukisan Abstrak

Saya suka lukisan Abstrak ia mempunyai sentuhan seni yang meyatakan perasaan pada sebuah lukisan..org seni jiwanya halus begitu juga dengan saya jommm lihat seni lukisan yang buat jiwa saya menjiwai teruja .....heheheh





Suratan Takdir - Gersang

Assalamualaikum...Pagi yang indah alhamdulilah masih bernafas....mode happy sangat hari ini hati berbunga-bunga syukurlah Allah beri nikmat rasa dan perasaan begini....Dalam kereta kecilku beputar lagu Suratan Takdir-Gersang.....menyusuk kalbu mengingatkan aku kenangan lalu memang indah di kenang namun semuanya tinggal kenangan, hati ini mula berlagu kembali setelah sepi meragut hati, Ya Allah aku mohon agar rasa ini janganlah kau biar aku hanyut melupai cintamu yang hakiki jangan kau biarkan aku lupa akan nikmat yang hanya sementara kukuhkan imanku ini dan bimbingkanla hati ini, ya Allah, jangan kau biarkan ia rapuh hanya kerana cinta kepada manusia buat aku lemah jiwa tak bermaya.....aku mohon ya Allah... keluarkan aku dari pintu kebenaran masukkan aku dari pintu kebenaran dan kurniakanlah aku pembantu oleh Mu....Amien ya rabbal alamin.



Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta
Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir
Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cintaTapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang